Sah, memang sudah sah siapa yang menerajui negara.
Ya Allah, Engkau lindungilah kami; marhaen yang hina-dina ini agar terus kekal hidup aman lagi damai. Dan semoga kaki kami ini akan sentiasa terjejak di bumi Malaysia yang kami cintai ini tanpa dinafikan hak kami di bumi sendiri. Dan selamatkanlah harta pusaka nenek moyang kami ini daripada jatuh ke tangan-tangan yang zalim.
Ya Allah, Engkau selamatkan juga hak-hak pribumi daripada sikap haloba manusia-manusia rakus lagi zalim itu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Amin.
Selasa, 2009 April 07
Selamatkanlah Negaraku.
Digetarkan oleh h.a.l.i.l.a.h at Selasa, April 07, 2009 0 merasa getarannya.
Khamis, 2009 Mac 12
Kuburkan Bahasaku?
Mari bersama-sama kita galikan kubur
mari sama-sama kita arakkan jenazah ini
mari pakat-pakat kita kebumikan ia.
Andai ia sudah kita benci
buat apa dibiarkan hidup lagi
wajahnya sudah terlalu jijik kita tatap
malah kita sudah malu membelanya
apatah lagi mengagungkannya.
Biarkan ia menjadi arwah
biarkan ia menjadi sejarah
biarkan kita menjadi satu bangsa tanpa roh
Biarkan Melayu tanpa bahasa!
Digetarkan oleh h.a.l.i.l.a.h at Khamis, Mac 12, 2009 0 merasa getarannya.
Isnin, 2009 Mac 02
Geram Lagi!
Digetarkan oleh h.a.l.i.l.a.h at Isnin, Mac 02, 2009 0 merasa getarannya.
Selasa, 2009 Februari 24
Untuk Kali Ini
Entah kenapa kali ini aku merasakan tak perlu lagi aku menyorokkan tulisan merapuku tentang hidup, tentang aku, tentang siapa-siapa, tentang apa yang aku rasa. Biar orang tahu. Biar orang baca. Aku tulis untuk dibaca. Biarpun tak ada sesiapa yang suka baca. Dan aku tetap tulis.
*
Sejak kebelakangan ini aku benci baca surat khabar, aku loya bila tengok berita TV. Aku jijik dan panas hati dengan isu-isu politik kotor. Aku muak, cukup muak. Aku bukan sokong sangat pembangkang, tapi yang pasti aku benci kerajaan yang ada sekarang. Kotor! Aku tak rajin buka surat khabar pembangkang, aku pun malas nak baca blog-blog orang politik. Pendek kata aku tak terpengaruh dengan mana-mana media. Mata aku melihat dan otak aku yang menilai berdasarkan segala macam propaganda yang disogokkan. Senario yang dipertontonkan cukup buat aku benci dengan kepimpinan sekarang. Aku memandang dari sudut pandangan seorang marhaen yang tak punya kepentingan apa-apa.
*
Bagi aku, seorang marhaen yang perlu meneruskan kelangsungan hidup di zaman gawat ini, orang-orang politik itu bodoh! Tikam-menikam demi menjaga tembolok sendiri.
*
Wahai orang-orang bodoh, lihatkan kami ini, marhaen yang menderita kerana mendapat pemimpin bodoh macam kamu semua! Berhentilah memperlihatkan kebodohan kamu dengan menganggap kami masih bodoh.
Digetarkan oleh h.a.l.i.l.a.h at Selasa, Februari 24, 2009 4 merasa getarannya.